Kehidupan Awal Anwar_Sadat

Anwar Sadat telah dilahirkan pada 25 Disember 1915 di Mit Abu al-Kum, al-Minufiyah, Mesir. Beliau dilahirkan dalam keadaan yang serba kedaifan dan dibesarkan dalam 13 orang abang dan kakak. Bapa beliau berketurunan Nubia Mesir manakala ibunya merupakan Nubia Sudan. Beliau menghabiskan sisa kecilnya bersama neneknya, yang sering bercerita tentang penentangan terhadap penjajahan British melalui gambaran sejarahan awal. Semasa kecil, minat beliau dipengaruhi oleh empat individu:

  • Pertama, Zahran, yang terlibat dalam insiden, dimana beliau menentang penjajahan British melalui protes petani. Menurut cerita, seorang tentera British telah terbunuh, dan Zahran merupakan orang Mesir pertama dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Cerita seperti Balada Si Zahran memperkenalkan Sadat kepada nasionalisme Mesir, nilai yang dibawa sepanjang hidup beliau.
  • Kedua, Mustapha Kemal Atatürk, iaitu bapa perubahan Turki. Sadat meminati cara beliau membuang pengaruh luar dan melakukan perubahan sosial.
  • Ketiga, Mahatma Gandhi, atas dasar anti-kekerasan semasa menghadapi ketidakadilan.
  • Hitler dan Tentera Nazi Jerman, semsa era penjajahan British di Mesir, Sadat terpengaruh dengan stategi ketenteraan beliau yang cepat dalam menentang British.

Beliau tamat pengajian dari Akademi Ketenteraan Diraja di Kaherah pada1938 dan diberi jawatan Signal Corps. Beliau menyertai tentera dengan pangkat leftenan kedua dan ditugaskan ke Sudan (Mesir dan Sudan merupakan satu negara ketika itu) Disana, beliau bertemu Gamal Abdel Nasser, bersama beberapa pegawai bawahan yang membentuk Gerakan Pegawai Pembebasan, yang begitu komited untuk membebaskan Mesir dari cengkaman British dan raja yang korupsi.

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau dipenjarakan oleh British atas usaha beliau meraih sokongan daripada Pakatan Paksi dalam menyingkirkan penjajah British. Bersama teman dalam Pergerakan Pegawai Pembebasan, beliau terlibat dalam rampasan kuasa tentera yang membawa kepada Revolusi Mesir 1952 untuk menggulingkan pemerintahan Raja Farouk I pada 23 Julai tahun itu. Sadat diarahkan untuk membuat pengumuman tentang berita revolusi tersebut menerusi siaran radio.